Thursday, October 29, 2009

SERVIS AIRCOND KERETA

Salam......
Keta ni macam orang ler juga...kalau tak maintain...lame2 sakit ler dia...tak comey lar...ok...sekadar berkongsi ....untuk kerosakan @ penjagaan air cond kereta......


SERVIS AIRCOND KERETA


Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu..

Apa yang pomen buat masa servis aircond kereta tu?

1. memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A.

2. cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond (spt cooling coil dsb)

3. memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang kebocoran

4. motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis


Tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa/diservis

a. bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)

b. bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk

c. bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau kipas itu tidak berpusing langsung biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on aircond)..

Fahami Kod Menukar Tayar Baru



APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru.

Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.

Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.

Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.

Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:

- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.

Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.


Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.

Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.

Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.

'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

MAKNA NOMBOR PADA TAYAR

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Cara Menyimpan Kereta Dalam Tempoh Lama

ADA ketikanya anda ada urusan di luar negara dan terpaksa meninggalkan kereta berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Anda mungkin berasa bimbang kereta anda rosak dan prestasi menurun kerana tidak dihidupkan enjinnya.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan.

1. Langkah pertama ialah mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

2. Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat.

3. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

4. Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

5. Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

6. Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

7. Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

Wednesday, October 28, 2009

Tips Penjagaan Radiator Kereta

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagen. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudina melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pad jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa
yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan injin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.

Cara penyelengaraan radiator:

Setiap 3 bulan

1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.

8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.

9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedai potong) kurang dari RM200.

Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek & sistem brek anda tlh ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.

Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di Sungai Buloh, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.